Kunjungan

Syamil sedang beraksi...

Syamil sedang beraksi...

Bila tiba time hujung minggu atau lebih senang la kata hari ‘off’, dah tentu korang rasa mcm lega sangat kan? Tak disogok dengan kerja-kerja yang dilakukan sepanjang minggu bekerja. Aku pun terasa jugak mcm seketoi batu besaq dah hilang dari atas kepala aku ni. Kebetulan pulak, parent aku pi Shah Alam, rumah Pak Long…ada kenuri aqiqah anak sedara kat sana. So aku tinggai sorang-sorang la kat umah. Nak dijadikan cerita, aku dikunjungi oleh orang Perlis….hehe. Syamil dari SMK Abi (sekolah aku berkhidmat sebelum ni). Datang bertandang ke teratak aku ni…

Perghhh....layaaannzzz sehh...

Perghhh....layaaannzzz sehh...

Aku sangat kagum dengan suara Syamil ni. Sejak aku mula latih dia nyanyi masa dia di Tingkatan 4 pada tahun 2008, aku rasa suara dia ni cepat matang. Dari suara kanak-kanak kepada suara remaja. Setahun je dah ubah tu…perghhh…apa laaa yang budak ni dok makan tetiap hari…hehe. Aku ada try suruh dia bawak lagu Mawi – Yang Tercinta. Fu-yoh!!! Lepas high note lagu tu! Then kunjungan dia ke umah aku pada Ahad lepas, 17 Januari 2010…aku suruh dia bawak lagu Spoon – Memori Sekuntum Rindu. Pun lepas jugak high note lagu tu..siap dengan vibrato yang power lagi tuu… Aku rasa mcm nak jadikan Syamil ni artis underground je…

Hehe...otai lak try...

Hehe...otai lak try...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Syamil yang bersusah payah datang ke Sungai Petani ni nak berjumpa dengan saya. Apa yang diharapkan agar Syamil terus tekun ulangkaji pelajaran demi untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ni. Saya memang yakin dan saya memang tahu, Syamil mampu memberikan keputusan yang baik pada peperiksaan yang besar tu…dengan syarat, jangan dok segan sangat study tu…hehe. Kalau Syamil nak sambung belajar ke institusi pengajian tinggi, tahun inilah sebagai tahun penentunya…Semoga Syamil terus maju dan berjaya!

2 Comments

Merentas Desa

Laluan Merentas Desa

Laluan Merentas Desa

Inilah pertama kali dalam sejarah perkhidmatan aku sebagai guru sejak 2001, laluan untuk larian merentas desa dilakukan di celah-celah pokok kelapa sawit dan bersebelahan dengan tasik. Walaupun tasik tersebut adalahh tasik buatan…tapi ia dah cukup memberikan aku suatu pemandangan yang sangat menarik.

Tasik Buatan

Tasik Buatan

Hehe...amik peluang bergambo sementara tunggu pelajar lalu...

Hehe...amik peluang bergambo sementara tunggu pelajar lalu...

Lagiiiiiii.....kekekekeke

Lagiiiiiii.....kekekekeke

Macam biasa laaaa….bila dah nama cikgu tu, jez pantau dari jauh je laaa… Ramai gak pelajar yang lari rentas desa tu dok ajak aku lari sama…tp aku ni kan dah expired. Dah abih dah zaman aku melasak mcm tu. Walaupun dalam hati ni masih teringin nak ikut serta….tapi…isk isk..

Garisan Penamat Merentas Desa

Garisan Penamat Merentas Desa

Sebilangan ahli Rumah Phoenix

Sebilangan ahli Rumah Phoenix

Rehat jap lepas lari jauh...

Rehat jap lepas lari jauh...

Antara pelajar dari kelas di bawah jagaan aku, 2 Delta 2010

Antara pelajar dari kelas di bawah jagaan aku, 2 Delta 2010

Aku bersama dengan beberapa pelajar ahli Rumah Phoenix

Aku bersama dengan beberapa pelajar ahli Rumah Phoenix

Bila masuk awai tahun ni, memanglah acara sukan menjadi agenda utama setiap sekolah. Tidak ketinggalan jugak sekolah aku ni, SM Sains Kepala Batas. Selesai sudah acara Merentas Desa…coming soon Sukantara & Olahraga lak…

2 Comments

Suasana Baru Berterusan

Logo Sekolah SM Sains Kepala Batas

Logo Sekolah SM Sains Kepala Batas

Sudah minggu ke-2 aku berkhidmat di SM Sains Kepala Batas ni. Memang segala-galanya sangat baru bagi aku. Iklim bekerja di Bahagian Sekolah Berasrama Penuh ni sangat berbeza dengan iklim bekerja di Bahagian Sekolah Harian. Sejak aku mula ditempatkan pada tahun 2001 untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Siswazah (Guru) di SMK Dato’ Sheikh Ahmad di Arau, Perlis…hinggalah aku memohon bertukar ke SM Sains Kepala Batas di Kepala Batas, Pulau Pinang ni pada 2009, dah 10 tahun aku di alam sekolah harian. Aku memang berubah atau berganjak dari tabiat kerja yang lazim dilakukan ke suasana kerja yang sangat profesional dan berdisiplin.

Takde la aku katakan, menjadi guru sekolah harian ni tak berdisiplin. Cuma penegasan kerjanya tidaklah begitu ketara. Jika 10 tahun di sekolah harian, aku dah kata cabaran yang sangat dahsyat dari segi kawalan pelajar dan urusan pentadbiran sekolah…tapi di sekolah berasrama penuh (sbp) ni pulak, lagi hebat dugaannya. Masa bekerja adalah dari 7:20am – 4:30pm…berbanding dengan sekolah harian, kebiasaannya 7:40am – 1:40pm. Mesyuarat pula kerap diadakan pada sebelah petang Jumaat atau pagi Sabtu. Jika ada aktiviti bersama dengan pelajar, dan tentu lebih pkl 5pm baru boleh balik ke rumah.

Walaupun dengan cabaran yang maha power ni…aku tetap bertekad ingin terus memberi satu input yang baru dalam kerjaya aku sebagai guru ni. Aku tetap akan bersama dengan sbp…and of coz, dah tentu akan bersama dengan pengetua baru aku ni, Cikgu Jamaah…yang sangat tegas & sangat profesional dalam tugas beliau memimpin SM Sains Kepala Batas ni. Aku pun terkena jugak dengan ‘bidasan’ pengetua ni…biasa laaa…orang baru kan? Mesti la kene tegur selalu. Walaupun rata-rata teguran pengetua aku ni agak pedih, pedas, perit…hehe…tapi itu semua bagi aku adalah asam garam bekerja. Takkan la sepanjang perkhidmatan aku ni dok manis-manis belaka kan? Mesti ada jugak herot tuuu… Bagi aku, untuk aku terus aku membina kecemerlangan dalam perkhidmatan, aku harus belajar dari semua kesilapan yang pernah aku lakukan. Berbekalkan pengalaman mengajar selama 10 tahun di sekolah harian, aku harap ia memadai untuk aku terus harungi cabaran di sbp pulak…

Rata-rata pelajar di sbp ni sangat tertib dan memahami apakah tujuan mereka datang ke sbp ni. Buku teks tidak perlu disuruh buka apabila bermulanya kelas…jika ada soalan yang sukar dijawab, mereka akan terus ‘berdebat’ sesama mereka untuk dapatkan jawapan…buku nota sentiasa sentiasa dibawa semasa perhimpunan, catatan akan terus dilakukan jika perlu….jika ditanya tentang idea untuk hiaskan kelas, senang je nak dapat cadangan-cadangan yang bernas…malah, ada di antara mereka ni sudah boleh meneka  apa yang akan dilakukan oleh guru tersebut apabila masuk mengajar nanti… Pendek kata, keseluruhannya agak positif bagi aku. Semua yang aku nyatakan td, memang sukar untuk dilakukan di sekolah harian. Walaupun sekolah harian tersebut adalah sekolah kawalan atau terpilih.

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada sepupu aku, Suraya Hani, yang bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya. Beliau telah memberi peluang kepada aku untuk mencuba berkhidmat di sbp. Memang beliau dah maklumkan pada aku yang kerja di sbp ni teruk dan banyak. Tapi aku tetap berkeras ingin mencuba…dan…nah!! masuk pun sbp…dan…nah!! kerja pun menimbun…hehe. Demi kerjaya aku, tetap aku teruskan percubaan ini untuk memastikan aku sentiasa mendapat sesuatu yang  baru dalam hidup. Hidup kalau tanpa cabaran, tak menarik…kan?

SM Sains Kepala Batas dah jd rumah kedua aku skang ni. Baru je seminggu aku di sini..tetapi aku dapat rasakan mutu kerja aku sudah meningkat sikit….maknanya, aku lebih berdisiplin dalam P & P…pastu aku lebih terarah dalam penampilan sebagai guru (dah kena pakai pakaian seragam setiap Rabu dan pakaian baju melayu lengkap setiap Jumaat)…hehe… adoiii…dah kopak dah simpanan aku untuk beli semua pakaian tu… Tp nak wat cemane…dah kene sound ngan pengetua…kene la sediakan jugak… Di saat ini juga, aku masihkan rindu sekolah lama aku, SMK Abi…rindukan rakan-rakan di sana dan juga pelajar-pelajar yang rapat dengan aku. Kekadang tu, banjir gak aku…isk isk. Sekarang ni, hanya gambar-gambar kenangan je la yang jd pengubat rindu. Insyallah, jika aku ada kelapangan…dan tentu Kg Abi Kubang Badak akan menjadi destinasi wajib aku… :)

Kenangan terakhir aku dengan pelajar SMK Abi & adik-adik angkat aku di Genting Highlands pada 21 Disember 2009

Kenangan terakhir aku dengan pelajar SMK Abi & adik-adik angkat aku di Genting Highlands pada 21 Disember 2009

3 Comments

Ulangtahun ke 36

Abah & Mama, Majlis Persandingan 25 Disember 1973

Abah & Mama, Majlis Persandingan 25 Disember 1973

Tiada dapat apa yang aku ungkapkan selain rasa cinta, kasih & sayang yang amat mendalam pada kedua orang tua aku ni, Hj Abdul Nifa bin Alias dan Hjh Faridah binti Ghazali. Bahtera yang mereka berdua layari telah mencapai 36 tahun lamanya. Dalam tempoh itu juga, aku dan adik-adik aku sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang dari kedua-dua orang tua aku. Kami empat beradik berasa amat beruntung mendapat mereka sebagai insan yang bergelar abah dan mama sejak dari tahun 1974 lagi.

Aku dilahirkan pada 29 Disember 1974. Diikuti pula dengan adik perempuan aku pada 26 April 1978. Menyusul pula adik lelaki aku pada 20 Mei 1988. Akhirnya, sebagai ‘penutup’…adik perempuan bongsu aku dilahirkan pada 20 November 1989.

Kalau nak diceritakan kenangan aku sepanjang bersama dengan parent aku ni sejak aku kecil hingga kini….memang banyak giler. Tapi yang dapat aku ringkaskan adalah…indah. Abah cukup banyak memberi pendedahan pada aku ttg dunia luar dan juga sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup. Mama pun banyak bg pesanan dan peringatan. Selalu mama ingatkan aku pada orang-orang yang pernah berbakti pada aku. Biar orang buat kat kita, tp kita jangan buat balik kat orang. Mama jugak banyak turunkan ‘ilmu’ memasak pada aku ni…hehe. Skang ni aku dah boleh masak serba sedikit. Pendek kata, hidup aku skang ni, memang 50% adalah daripada tunjuk ajar dan panduan dari abah dan 40% adalah daripada pesanan dan peringatan dari mama. 10% lagi tu, aku yang ekjas sendiri…hehe.

Semoga abah & mama akan terus berbahagia dan terus dikurniakan kesihatan yang baik. Kami adik beradik masih lagi memerlukan abah & mama untuk kami teruskan kehidupan ini.

“SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 36, ABDUL NIFA & FARIDAH”

No Comments

Mak Puan & Family Pt.2 (Akhir)

Dari kiri: Aku, Ayah Chik, Mak Puan (adik abah aku), Mama & Teh

Dari kiri: Aku, Ayah Chik, Mak Puan (adik abah aku), Mama & Teh

Hari kedua aku & family aku ada di kediaman Mak Puan aku ni…seperti biasa makan sampai lebam…hehe. Gelak ketawa sentiasa menghiasi setiap ruang dalam rumah tu. Ada je citer yang dikongsikan bersama….termasuk jugak la isu semasa…hehe. Haaaa, yang tu sembang-sembang orang tua-tua…takleh campoq naa…

Aku & family terpaksa beransur pergi dari Taman Sri Jenaris ni disebabkan urusan mama aku yang masih belum selesai untuk kenduri persandingan sepupu aku yang kat Taman Putra Perdana, Puchong tu.

Saya & family ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayah Chik, Mak Puan, Zamani & Anum atas layanan yang telah diberikan. Diharapkan hubungan kita sesama dua keluarga ini terus terjalin. Ada masa lapang tu, mai la Sg.Petani. Biaq kami lak yang entertain Mak Puan sekeluarga. Jumpa lagi….

No Comments

Mak Puan & Family Pt.1

Taman Sri Jenaris…terletaknya kediaman makcik aku (adik abah aku). Panggilan aku kepada makcik aku ni, Mak Puan. Aku tak pasti apakah makna sebenarnya. Tapi itulah panggilan yang disarankan oleh arwah opah kepada aku. Aku sampai kat umah Mak Puan aku tu waktu asar.

Selalunya aku ni kalo mai umah Mak Puan ni, memang aku target nak makan beshh beshh je. Sbb ayah chik & mak puan kalo bab menjamu makan…perghhh…lazat beb. Tp tu la, depa dua tu makan sikit je…hehe.

Yummy!!

Yummy!!

Selepas selesai urusan akad nikah sepupu aku di Puchong tu, mama aku rehat jap dari terus membuat persiapan untuk kenduri persandingan pada 13 Disember nanti. Memang la sangat rilek kat umah Mak Puan ni. Abah aku pun mcm dah recharge je kat umah adik dia ni. Rasa dalam tempoh 2 hari di Taman Sri Jenaris ni abah & mama (especially) akan lebih cergas untuk beberapa hari lagi sebelum kembali ke Sg.Petani pada 13 Disember (selepas kenduri).

Abah & Laptop

Abah & Laptop

Teh & Laptop

Teh & Laptop

Dinner@Village View 1

Dinner@Village View 1

Dinner@Village View 2

Dinner@Village View 2

Complete dengan lunch & dinner yang sangat grand la bg aku & family. Kami sangat berbesar hati. Terima kasih tak terhingga kepada Mak Puan & Family. Kenyang sampai tergolek wooo….

No Comments

Majlis Akad Nikah Sepupu

Akad Nikah sepupu aku, Farid.

Akad Nikah sepupu aku, Farid.

Hari ni dengan secara rasmi sepupu aku, Farid…anak kepada Mak Jang (adik kepada mama aku) menjadi suami orang. Tahniah dari aku. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan ceramah pendek ustaz yang jd tok kadi. Perghh…ceramah diaaaa…ish ish ish…sangat power beb! Sapa yang tak tahan tu, kompom ayaq mata tu kuar mcm katun jepun..banjir! Banyak sangat kata-kata nasihat dari ustaz tu yang kene dengan masyarakat kita skang ni. Aku amat cadangkan ustaz ni dipanggil untuk buat ceramah kat tempat korang…

Selesai akad nikah

Selesai akad nikah

Sesi sumpah & janji

Sesi sumpah & janji

Hantaran

Hantaran

 Mama aku ni memang dah dipajak untuk sediakan gubahan hantaran kawen Farid. Bertemankan Mak Long aku, depa dua dok siapkan hantaran tu. Memang sangat elegant!

Hantaran 1

Hantaran 1

Hantaran 2

Hantaran 2

Hantaran 3

Hantaran 3

Hantaran 4

Hantaran 4

Kesemua Hantaran

Kesemua Hantaran

Selesai dah bab akad nikah ni. Nak tunggu kenuri lak pada 13 Disember 2009 nanti. Dalam tempoh tu, mama aku leh aa rest jap sementara untuk memikirkan idea-idea untuk hantaran seterusnya. Kreatif btol la mama aku ni…sayang mama aku…muacks!

Tags: ,

6 Comments

Food Garden-LCCT

Setiap kali bila mula je cuti panjang…dah tentu kita akan rancang nak pi mana mana kan? Contohnya, mcm nak pi melawat sanak sedara ke…pi makan angin kaa…pi shopping kaaa….dan tak dilupakan, pi makan kenuri…hehe. Tapi cuti panjang aku dimulakan dengan melawat Terminal LCC atau lebih dikenali dengan nama LCCT di Sepang. Parent aku ada urusan dengan kaunter flight Air Asia kat LCCT tu. Sementara tunggu parent aku selesai berurusan, aku ngan adik aku, Teh, pi la jejalan kat Food Garden. Apa lagiii…makan laaaa…kekekekeke…

Food Garden, LCCT

Food Garden, LCCT

Sementara tunggu makanan sampai, on9 dulu...

Sementara tunggu makanan sampai, on9 dulu...

Parent aku terus je lunch selepas selesai urusan dengan Air Asia.

Parent aku terus je lunch selepas selesai urusan dengan Air Asia.

Laptop SerindIT yang sentiasa diusung oleh aku bersama dengan internet mobile (mcm pendrive kaler kuning tuuu)

Laptop SerindIT yang sentiasa diusung oleh aku bersama dengan internet mobile (mcm pendrive kaler kuning tuuu)

Harga makanan di Food Garden ni sangat berpatutan dari harga makanan yang terdapat di dalam terminal. Kalo korang nak makan makanan yang mcm ‘Malaysia’…sinilah tempat yang sesuai sementara menantikan flight nak sampai. Selamat Mencuba!

Tags: , ,

No Comments

Masa Yang Terluang

Proses perpindahan barang-barang dari rumah aku di Arau ke Sg.Petani masih belum selesai. Ini disebabkan oleh pertindihan dengan program percutian keluarga. Dalam tempoh tu aku kemas dulu barang-barang di rumah Arau ni untuk memudahkan proses perpindahan tersebut. Kali ni aku cuma angkut seme pakaian aku je. Dibantu oleh dua orang insan yang aku anggap sebagai adik aku. Setelah itu terdapat 2 aktiviti santai yang dilakukan…

Aktiviti 1: Ngadap tenet sambil tercengang!

Aktiviti 1: Ngadap tenet sambil tercengang!

Aktiviti 2: Main UNO!

Aktiviti 2: Main UNO!

Ahaaa....mula nak ngintai kad orang lain la tu...hehe

Ahaaa....mula nak ngintai kad orang lain la tu...hehe

Ni dia kad-kad UNO tu...kene main dengki baru beshh!

Ni dia kad-kad UNO tu...kene main dengki baru beshh!

Walaupun terdapat beberapa ‘masalah’ sepanjang proses lepak-lepak tersebut…tp aku tak kesah pun. Gasak pi laa…yang penting kitorang njoy malam tu…. Terima kasih kepada Adri & Fariz yang sudi memeriahkan suasana di rumah abg 2 malam tu. Juga terima kasih atas bantuan yang telah diberikan… :)

Tags:

No Comments

Now, it’s official!

My new school

My new school

Hari ni merupakan hari pertama aku melaporkan diri di SM Sains Kepala Batas. Bermulalah era khidmat perguruan aku dalam Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster. Sebelum ni khidmat perguruan aku dalam Bahagian Sekolah Harian sejak mula aku posting pada tahun 2001. Aku sangat teruja dgn cabaran yang bakal aku hadapi nanti. Sudah tentu ianya sangat berbeza dengan cabaran sebelum ni.

New teaching era for me...i presumed

New teaching era for me...i presumed

Kehadiran aku telah dialu-alukan oleh Pengetua, Cikgu Jamaah…seorang pengetua cemerlang. Haaaaa, kalo dah pengetua cemerlang tu…kompom keje aku akan banyak nanti ni…kekekeke… Terus masuk meeting tuuu..tp bukan meeting pertama tuu…cuma meeting untuk urusan pentadbiran tahun depan, 2010. Aku yang masih lagi terpinga-pinga, masuk je la meeting tu… :)

Haaa...kan aku dah kata...belum apa-apa lagi, aku dah bergambo dengan seme warga skolah baru aku ni...SM Sains Kepala Batas.

Haaa...kan aku dah kata...belum apa-apa lagi, aku dah bergambo dengan seme warga skolah baru aku ni...SM Sains Kepala Batas.

Sebelum aku gerak pi sekolah baru tu, aku dok rongkah hadiah-hadiah yang telah diberikan pada aku pada hari akhir aku di SMK Abi. Banyak jugak hadiah yang aku dapat dari rakan-rakan dan juga pentadbir sana tu. Lebih kurang mcm hadiah orang nak pencen je. Tp itulah tanda ingatan depa seme kat aku. Agaknya selama ni, aku sangat banyak membantu dalam urusan pentadbiran sekolah kot…ntah laaa… Aku pun tak ingat sangat ttg tu. Tp apa yang pasti, jika bantuan aku diperlukan..selalunya aku akan bergegas ke tempat yang diperlukan.

Hadiah-hadiah yang aku terima dari warga SMK Abi. Terima kasih atas ingatan semua.

Hadiah-hadiah yang aku terima dari warga SMK Abi. Terima kasih atas ingatan semua.

Hadiah dari Pengetua SMK Abi

Hadiah dari Pengetua SMK Abi

Adehhh...penaaattt dok buka hadiah.

Adehhh...penaaattt dok buka hadiah.

Dengan ini, rasmilah sudah bermulanya aku berkhidmat di SM Sains Kepala Batas dan juga rasmilah sudah tamatnya khidmat aku di SMK Abi. Kenangan-kenangan manis sejak April 2007 hingga November 2009 aku di SMK Abi akan terus terpahat di ingatan aku. Semoga kita berjumpa lagi. Kalau ada kelapangan tu, mai la Sungai Petani…

Tags: ,

No Comments